Barista kedai kopi dipuji, borong semua jualan & belanja budak jual buah air

LocalFood
16 Dec 2024 • 4:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Barista kedai kopi

Seorang barista kedai kopi terkenal dipuji apabila memborong semua jualan seorang remaja dan membelanjanya sebekas air sehingga mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Thread muzammir_h, dia telah memuat naik gambar yang berjaya dirakam sewaktu berada di sebuah kedai kopi apabila melihat tindakan murni dilakukan seorang barista.

image is not available

Barista kedai kopi beli 2 bekas terakhir jualan remaja terbabit

Ujarnya, barista lelaki itu telah memanggil remaja terbabit sebelum membeli dua kotak buah potong terakhir yang dijualnya sebelum memberikan segelas air yang baru sahaja dibancuh.

image is not available

Barista kedai kopi buat ramai bangga

Tambah muzammir_h lagi, dia begitu terharu dengan tindakan yang dilakukan barista berkenaan dan mengakui cukup bangga jika dia merupakan stafnya.

Dia turut menyatakan bahawa apa yang dilakukan barista tersebut mungkin salah satu contoh baik kejayaan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak menjadi insan yang berjiwa besar

“Saya sangat gembira melihat ini dan jika barista adalah kakitangan saya sendiri, saya akan berbangga. Ibu bapa membesarkan barista dengan baik,” tulisnya.

Terima kasih orang baik

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet di media sosial apabila melihat kebaikkan yang ditunjukkan oleh barista berkenaan.

Rara-rata mereka memuji apa yang dilakukan dan bertanyakan lokasi kedai kopi terbabit kerana ingin datang serta memberikan sokongan.

image is not available

Sebarkan kebaikkan

image is not available

Buat baik kepada semua orang

image is not available

Ada yang kongsi kisah hampir sama

image is not available

Branch mana ni? Jom support!

image is not available

Walau bagaimanapun, tiada keterangan tentang lokasi kedai kopi terkenal tersebut, namun kebaikkan yang ditunjukkan barista berkenaan cukup mencerminkan bahawa masih ada orang baik yang sentiasa berusaha memberikan senyuman kepada orang lain.

Semoga rezeki kedua-duanya dipermudah.

Sumber: Thread muzammir_h