Baru 2 Bulan Bersalin, Pelakon Maut Buat Prosedur Sedut Lemak

Entertainment
25 Nov 2023 • 3:26 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon Indonesia dikenali sebagai Nanie Darham dikhabarkan meninggal dunia pasa 21 Oktober 2023. Dia yang pernah membintangi filem Air Terjun Pengantin itu baru sahaja dua bulan melahirkan bayi.

image is not available

Baru dua bulan bersalin

Memetik laporan dari Kompas, kematian Nanie menjadi tanda tanya peminat memandangkan pelakon berbakat itu dinyatakan sihat.

Ternyata, dia telah mengalami komplikasi apabila mengikut prosedur sedut lemak atas kecuaian doktor. Pada awalnya, pelakon berkenaan dalam keadaan baik-baik sahaja sebelum berada dalam situasi tidak stabil lima minit selepas operasi berkenaan dijalankan.

image is not available

Nanie Darham dijanjikan prosedur selamat

Dia telah dikejarkan ke hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan bahawa Nanie meninggal dunia disebabkan prosedur sedut lemak tersebut.

Bukan itu sahaja, telinga dan mulut allahyarham juga mengeluarkan darah serta terdapat kesan luka di beberapa bahagian.

Terdahulu, Nanie telah dijanjikan bahawa prosedur sedut lemak terbabit tidak membahayakan dan dijamin selamat walaupun dia baru sahaja dua bulan melahirkan.

image is not available

Sehubungan dengan itu, pihak keluarga allahyarham memaklumkan akan mengambil tindakan diatas kecuaian doktor sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Sumber: Kompas