Baru 4 Hari Ops Khas Motosikal Dilaksana: JPJ Keluarkan 11,435 Saman

LocalCars
6 Nov 2024 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli kepada pemberita ketika sidang akhbar di Pejabat JPJ Perak semalam.

Apa yang mengejutkan, sepanjang tempoh operasi itu juga JPJ mengesan lima kesalahan paling tinggi:

1. Tiada lesen memandu kompeten (CDL) sebanyak (2,922 orang).

2. Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh sebanyak (2,290 orang).

3. Tiada insurans melibatkan (2,044 orang).

4. Kesalahan teknikal (1,043).

5. Nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (663).

image is not available

Pelaksanaan Ops Khas Motosikal ini diadakan susulan statistik membimbangkan peningkatan trend kadar kemalangan yang direkodkan melibatkan motosikal sebanyak 1,908 atau 70 peratus.

Untuk makluman, Ops Khas Motosikal akan diteruskan selama dua bulan sehingga Disember depan.