Baru 5 Hari Operasi 'Gempur Teknikal' JPJ Keluarkan Lebih 5,000 Notis Kesalahan Kenderaan Berat

LocalCars
29 Dec 2024 • 10:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Hanya dalam tempoh lima hari operasi khas ‘Gempur Teknikal’ yang menyasarkan kenderaan perdagangan di seluruh negara diadakan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan lebih 5,000 notis kesalahan.

image is not available

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Datuk Jana Santhiran Muniayan, menegaskan bahawa langkah ini diambil susulan kebimbangan terhadap insiden kemalangan maut yang melibatkan kenderaan perdagangan baru-baru ini.

Sepanjang operasi ini, sebanyak 17,729 buah kenderaan telah diperiksa, dengan 15,770 daripadanya merupakan kenderaan pengangkutan barangan dan selebihnya kenderaan perkhidmatan awam.

image is not available

Antara kesalahan utama yang diberikan keutamaan termasuk:

Jana Santhiran mendedahkan sebanyak 1,787 kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan, manakala 16 kenderaan telah disita.

Beliau turut menegaskan bahawa Seksyen 80 Akta 715 memberi kuasa kepada JPJ untuk menyita kenderaan yang melakukan kesalahan berat. Dalam kes tertentu, kenderaan boleh dilucut hak sekiranya sabit kesalahan.

image is not available

MOT dan JPJ menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap mereka yang melanggar undang-undang. Operasi ini bertujuan meningkatkan tahap pematuhan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Sumber: Sinar Harian | Foto: JPJ Malaysia