Baru 6 hari bergelar Datuk Bandar Mexico, Alejandro Arcos dilaporkan telah dibunuh

WorldPolitics
8 Oct 2024 • 9:42 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Hasrat untuk memajukan komuniti di bawah pimpinannya berkecai apabila beliau dilaporkan telah dibunuh pada Ahad lalu.

Datuk Bandar Chilpancingo di negeri Guerrero, selatan Mexico, Alejandro Arcos dibunuh selepas enam hari memegang jawatan tersebut.

Menerusi akaun di media sosial, Gabenor Guerrero, Evelyn Salgado melahirkan rasa sedih dengan pemergian Alejandro Arcos.

“Pemergiannya telah menyebabkan seluruh masyarakat Guerrero berkabung dan membangkitkan kemarahan,” tulisnya.

Susulan itu, pejabat peguam negara telah membuka kertas siasatan ke atas pembunuhan tersebut.

Di media sosial pula, tular gambar Arcos yang dipercayai telah dipenggal kepalanya diatas sebuah kenderaan. Bagaimanapun, kesahihah gambar berkenaan belum dikenalpasti.

Guerrero, antara negeri termiskin di Mexico, mengalami keganasan bertahun-tahun berkaitan perebutan kawasan antara kartel yang berjuang untuk mengawal pengeluaran dan pengedaran dadah.