Baru 6 hari Menikah, Pasangan Pengantin Baru Ditemui Maut ‘Overdose’ Ubat Kuat

6 Oct 2022 • 2:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Akibat terlebih minum ubat kuat untuk tujuan hubungan suami isteri ketika percutian bulan madu, pasangan pengantin baharu dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel terletak di wilayah Karangpandan, Indonesia.

Menurut laporan portal TribunNews, pasangan suami isteri itu baru sahaja 6 hari bernikah dan masing-masing berusia 30 dan 27 tahun.

image is not available

Difahamkan, pihak hotel merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku apabila pasangan berkenaan tidak ‘check-out’ daripada pusat penginapan berkenaan dan tidak memberi sebarang maklum balas ketika dihubungi.

Pihak pengurusan hotel itu kemudian datang untuk membuat pemeriksaan di bilik pasangan itu dan mendapati kedua-duanya terbaring kaku tanpa seutas benang serta berbau.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa maut bukanlah disebabkan jenayah sebaliknya akibat pengambilan ubat kuat yang berlebihan.

image is not available

Sumber : INdonesia ubat kuat  

Pegawai kesihatan yang memeriksa si mati mendapati bahawa ubat kuat itu telah menyebabkan denyutan jantung kedua-duanya berdegup kencang sehinggakan pembuluh darah pecah sekaligus mengakibatkan maut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

“Dapat 4k-5k Sore Takpo Doh” - Tak Ada Duit Tapi Nak Kahwin Dua, Lelaki Minta Adik Beradik & Isteri ‘Sponsor’