“Baru azan Zohor..” – Lelaki teruk dikecam gara-gara kongsi video kawan makan nasi

Entertainment
14 Mar 2024 • 10:25 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Lelaki teruk dikecam

Seorang lelaki teruk dikecam netizen gara-gara berkongsi sebuah video yang memaparkan tiga rakannya sedang menikmati juadah pada siang hari.

Mana tidaknya, tindakan lelaki itu yang dikenali sebagai Khairul Asyraf memuat naik hantaran tersebut di laman TikToknya telah mengundang rasa kurang senang ramai kerana kapsyennya berkait dengan masa berbuka puasa umat Islam di bulan Ramadan.

Lelaki teruk dikecam

“Awal sangat tu, baru azan Zohor dah kata azan Maghrib…yak yak yeah betul lah,” katanya.

Dalam video itu, kelihatan tiga lelaki sedang menikmati juadah nasi berlauk ayam sambil menutup muk bagi mengelakkan wajah mereka dirakam.

image is not available

image is not available

image is not available

Netizen bengang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dengan mendakwa tiga lelaki tersebut berbuka puasa sebelum waktunya tanpa mempunyai rasa malu.

image is not available image is not available image is not available

Hanya sekadar content semata-mata

Bagaimanapun, menerusi hantaran yang berbeza, Khairul Asyraf menjelaskan bahawa video tersebut hanya sekadar content semata-mata dan tiga orang rakannya itu makan bukan di bulan puasa.

image is not available

Sumber: TikTok @Khairul Asyraf