Baru beberapa hari bertemu, Remy Ishak terkejut dapat berita Kapten Shahrul maut dalam nahas pesawat di Elmina

18 Aug 2023 • 10:41 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Pelakon terkenal, Remy Ishak terkejut apabila mengetahui mengenai nahas pesawat di Elmina, Shah Alam semalam kerana dia baru sahaja bertemu dengan salah seorang mangsa, iaitu juruterbang pesawat tersebut Shahrul Kamal Roslan.

Menerusi hantaran di Instagram, Remy telah berkongsi gambarnya bersama Allahyarham Shahrul sewaktu pertemuan mereka di sebuah restoran beberapa hari lalu.

"Innalillahwainnalillhairojiun. Takziah buat Shefa dan keluarga atas pemergian kapten Shahrul Kamal dalam nahas yang berlaku di Elmina.

"Baru dua hari lepas jumpa arwah dan isterinya di Mozers Shah Alam. Hari ini buka Whatsapp dapat berita sedih ini. Saya sangat berdukacita mendengar khabar ini Shefa.

"Semoga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman," tulisnya di bahagian kapsyen.

Allahyarham Shahrul merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, semalam.

Selain beliau, mangsa lain ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Pahang yang juga ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Lapan daripada mangsa adalah penumpang dan anak kapal pesawat ringan terbabit manakala dua lagi adalah penunggang sebuah motosikal serta sebuah kereta yang melalui kawasan terbabit. – 18 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved