Baru Beberapa Jam ‘Check In’ Dengan Rakan Lelaki, Pelajar Wanita Ditemui Maut Jatuh Dari Tingkat 21

23 May 2024 • 1:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pelajar wanita jatuh tingkat 21

Seorang penuntut sebuah institusi pengajian swasta (IPTS) didakwa ‘check in’ dengan rakan lelaki di bilik sebuah hotel di George Town sebelum terjatuh dari tingkat 21. Apa kes ni?

Menurut laporan Malaysia Gazette, wanita berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah pada jam 3.35 petang semalam.

Rakan lelaki mangsa itu menyedari kejadian itu selepas melihat orang ramai berkumpul di tingkat bawah sebelum ke tempat kejadian untuk mendapatkan kepastian itu adalah kawannya.

Pihak polis tidak menemui apa-apa unsur jenayah dan kes diklasifikasikan semabagi mati mengejut dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid.

Mayat wanita berkenaan juga telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved