“Baru Betul Contoh Hebat” – Memanah Sambil Tunggang Kuda, Heliza & Adik Buat Netizen ‘Meremang’

8 Nov 2022 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, selebriti Heliza Helmi sangat aktif dalam bidang kemanusiaan dan sering bergiat bersama adiknya, Hazwani Helmi. Difahamkan semangat ini mula berkobar setelah mereka pergi sendiri lihat keadaan di Gaza, Palestin pada tahun 2012.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan adik beradik tersebut memanah sambil menunggang kuda dan ia telah meraih perhatian daripada kalangan pengguna platform berkenaan.

Rata-rata netizen kagum melihat mereka sebagai seorang wanita berhijab berani melakukan aktiviti lasak sedemikian.

Difahamkan juga, aktiviti yang dilakukan oleh Heliza serta Hazwani itu merupakan salah satu aktiviti sunnah dan aktiviti dimana tidak semua orang boleh melakukannya.

image is not available

Netizen yang melihat video keberanian dua beradik itu kebanyakkannya menjadikan sebagai inspirasi untuk amalkan serta kekalkan sunnah dalam kehidupan seharian mereka.

Kebanyakkan netizen juga berpendapat Heliza serta adik perempuan menunjukkan contoh yang baik buat semua kerana tetap berpakaian sopan serta aurat tertutup rapi biarpun melakuan aktiviti lasak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Langsung Tak Ada Orang Tepuk Tangan" - Jadi Artis Jemputan Konsert Rossa, Hael Husaini Tak Dipedulikan Penonton?