Baru Challenging! Tempat Rekreasi Terbesar Di Sibu, Anda Boleh Riadah Di Taman Rimba Bukit Lima

24 Jan 2023 • 1:12 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sudah masuk, jangan cuba untuk patah balik, tau! Ini barulah challenging.

Baru Challenging! Tempat Rekreasi Terbesar Di Sibu, Anda Boleh Riadah Di Taman Rimba Bukit Lima. Mana orang Sibu di sini? Dah cuba masuk ke Taman Rimba Bukit Lima belum? Haaa.. bagi anda yang ingin beriadah tanpa gangguan bunyi kenderaan, ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda!

Taman rimba ini terletak di tengah tengah alam semula jadi iaitu Lorong Sentosa, Salim, Sibu. Kepada yang kaki jalan, kaki gambar atau yang suka berjoging, tempat ini memang khas untuk anda. Sambil anda beriadah atau hanya ingin berjalan-jalan, anda boleh dengar bunyi kicauan burung-burung. Sangat menenangkan!

image is not available
Baru Challenging! Tempat Rekreasi Terbesar Di Sibu, Anda Boleh Riadah Di Taman Rimba Bukit Lima. Sumber gambar: Insta @sissa_gurlz

Apa yang istimewanya di Taman Rimba Bukit Lima?

Apa yang uniknya di taman rimba ini adalah, jalannya adalah jambatan kayu dan sepanjang perjalanan anda dapat menikmati alam semula jadi yang dipenuhi dengan lebih dari 40 jenis spesis pokok yang kebanyakannya adalah spesis paya gambut.

Untuk pengetahuan anda, Sarawak mempunyai kawasan tanah gambut yang terbesar di Malaysia. 12 peratus daripadanya terletak dari batang Lupar ke Kidurong, seterusnya di Delta Rajang yang turut merupakan spesis tumbuhan yang paling banyak. Hanya sedikit peratus kawasan paya gambut yang asli di Sarawak dan masih berstatus hutan semula jadi.

image is not available
Sumber gambar: Insta @raymondkoo21

image is not available
Sumber gambar: Insta @sissa_gurlz

image is not available
Sumber gambar: Insta @raymondkoo21

image is not available
Bornean Bristlehead. Sumber gambar: Pinterest

image is not available
Malayan Weasel. Sumber gambar: FB RER

Oleh sebab itu, Taman Rimba Bukit Lima begitu berharga di Sarawak.

Jalannya lebih kurang mengambil masa selama 1 jam sehingga 1 jam 30 minit, bergantung kepada tahap stamina dan kelajuan anda. Tempat ini dibuka SETIAP HARI bermula pada jam 6.30 pagi sehingga 6.30 petang.

Selain menikmati alam semula jadi, anda juga dapat berinteraksi dengan hidupan liar di dalam hutan antaranya ialah sebanyak 39 spesis burung dan 8 spesis mamalia jika anda bernasib baik. Spesis burung termasuk Barbets, Babblers, Flowerpeckers, Broadbills, Sunbird dan Bulbuls.

Manakala haiwan mamalia pula ialah musang Malaya, rusa Sambar, tupai Gergasi, tupai Plaintain, Shrews, Tenggiling, Kongkang dan juga kera ekor panjang.

image is not available
Rusa Sambar. Sumber gambar: World Land Trust

Lokasi: Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Lorong Sentosa 5, Sibu (6km dari Sibu town)
Waktu Beroperasi: 6.30 pagi sehingga 6.30 petang (Setiap Hari)
Nombor Telefon: +6084-228108

Lagi di sini: