Dunia hiburan Indonesia kembali menjadi perhatian selepas tular beberapa foto dan video sekitar majlis pernikahan pelakon popular, Jennifer Coppen bersama pasangannya, Justin Hubner.
Majlis yang sepatutnya diraikan dengan suasana penuh harmoni itu bertukar menjadi perdebatan dalam kalangan netizen selepas beberapa tindakan pasangan berkenaan dianggap mengelirukan.
AdvertisementView this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang tular di platform X, seorang netizen Malaysia meluahkan rasa hairan melihat konsep majlis tersebut. Sebelum pernikahan berlangsung, Jennifer dilaporkan sempat mengadakan majlis khatam Al-Quran.
Bagaimanapun, kontroversi tercetus apabila muncul pula video yang didakwa memaparkan pasangan itu menuang dan meneguk minuman keras secara terus dari botol ketika pesta pernikahan berlangsung.

Situasi berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia dan Indonesia yang menyifatkan konsep majlis itu seolah-olah bercampur aduk.
Malah, ada juga yang mengaitkan semula kontroversi lama melibatkan Jennifer apabila beliau pernah memilih untuk membakar atau cremate jenazah arwah suaminya, Yitta Dali Wassink atau Papa Dali, namun pada masa sama tetap mengadakan majlis tahlil.
View this post on Instagram
Rata-rata netizen meluahkan rasa keliru dengan cara hidup sebahagian selebriti yang dilihat mencampuradukkan urusan agama mengikut keselesaan sendiri.
Untuk info, Jennifer Coppen merupakan pelakon, model dan pempengaruh popular Indonesia yang mula dikenali menerusi drama remaja seperti Roman Picisan The Series serta beberapa filem tempatan.

Beliau sebelum ini menjadi perhatian selepas arwah suaminya, usahawan dan model kelahiran Jerman, Yitta Dali Wassink, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Bali pada Julai 2024 ketika berusia 22 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bekas Isteri Nubhan Didakwa Temui Kebahagiaan Baharu, Hubungan Dapat Restu Keluarga?
The post Baru Dipuji Buat Majlis Khatam Al-Quran Sebelum Nikah, ‘Influencer’ Terkenal Dan Suami Dikritik Buat Pesta Arak Rai Perkahwinan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






