Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Rumah merupakan tempat yang diperlukan oleh setiap individu untuk berlindung, berehat dan sebagainya. Namun sebagai manusia kita juga perlu memastikan kediaman dalam keadaan bersih.
Ini kerana ia bukan sahaja mengundang penyakit bahkan tindakan membiarkan rumah kotor juga menyebabkan berlaku kerosakan seperti datang haiwan perosak dan sebagainya.
Tular video penyewa biarkan rumah bersepah dengan sampah
Baru-baru ini seorang pemilik rumah telah berkongsi video di Threads memaparkan rumah yang disewakannya penuh dengan sampah sarap.
Menerusi video dimuat naik, awalnya kelihatan di hadapan pintu masuk terdapat banyak plastik yang bertaburan di atas lantai.
Lantai penuh dengan plastik sampah, bakul dan banyak lagi
Bukan hanya itu, keadaan rumah juga dilihat tidak teratur serta tersusun apabila banyak barangan dibiarkan berada di atas meja dan lantai.
Di ruang tamu pula beg bagasi banyak disusun di tepi dinding dan terdapat banyak kotak, bakul dan pelbagai barangan di letakkan di atas kerusi.
Manakala laluan untuk ke bilik juga terhalang dengan longgokan barang dilihat seperti sampah di tengah-tengah jalan.
Bilik air juga penuh dengan sampah
Perakam video kemudiannya masuk ke bilik pertama dan kedua yang menunjukkan bilik tersebut juga dilihat berselerak dengan barang dan sampah sehingga kelihatan begitu kotor.
Bukan hanya itu, lebih menjijikkan tandas rumah yang pada asalnya cantik juga dipenuhi dengan sampah seolah-olah tiada satu ruang dalam rumah terbabit kelihatan bersih.
Menerusi video yang dikongsikan pengguna Threads, Mhmmdn4z kelihatan rumah tersebut sebelum disewakan begitu cantik dan bersih.
“Rumah dari secantik-cantik alam, bila kau bagi sewa dekat orang salah.. Lapan bulan je duduk macam tong sampah. Macam mana orang macam ni boleh hidup ya (dalam) keadaan macam ni?” soalnya.
Selain dapat dilihat pemilik sudah mula membuat kerja pembersihan untuk rumah berkenaan.
View on Threads
Ramai kritik tindakan penyewa biar rumah bersepah dengan sampah
Video tular itu kemudiannya mendapat perhatian ramai yang turut mengkritik perbuatan penyewa apabila membiarkan rumah dalam keadaan berselerak dengan teruk.
Bahkan ada juga mendakwa penyewa rumah tersebut mungkin mempunyai masalah mental dan perlu dirujuk kepada psikiatrik.
Selain itu, ada juga yang bertanya adakah rumah terbabit disewakan kepada warga asing kerana ia dilihat begitu teruk.
Ada yang minta pemilik buat terma kontrak boleh buat pemeriksaan dalam rumah ketika rumah disewakan kepada penyewa
Malah ada yang memberi pendapat kepada pemilik untuk menyediakan terma dalam kontrak yang membenarkan pemilik membuat pemeriksaan sewaktu kediaman disewakan kepada penyewa.
Bukan hanya itu, terdapat pengguna Threads yang menyifatkan penyewa itu membuat rumah berkenaan seperti tempat perlupusan sampah selepas melihat keadaan dalam kediaman berkenaan.
Difahamkan hantaran asal telah pun dipadam oleh pemilik video berkenaan namun rakaman yang dikongsikan oleh Mhmmdn4z masih lagi ada di Threads.
“Macam mana boleh duduk dalam keadaan kotor, busuk macam tu ya? Oksigen kau tak normal ke?”
![Image from: Baru Duduk 8 Bulan, Penyewa Biarkan Rumah Cantik Jadi Kotor & Dipenuhi Sampah-Sarap [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/rumah-dipenuhi-sampah-5.jpg)
“Kalau boleh duduk kotor macam ni, kenapa dia tak sewa tempat pelupusan sampah je? Jimat kos sikit dari menyusahkan orang macam ni”
![Image from: Baru Duduk 8 Bulan, Penyewa Biarkan Rumah Cantik Jadi Kotor & Dipenuhi Sampah-Sarap [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/rumah-dipenuhi-sampah-1.jpg)
“Buat lah macam pemilik rumah sewa saya masa belajar dulu. Owner memang setiap bulan datang kutip duit sambil-sambil dia akan periksa rumah kami duduk seperti yang dijanjikan..”
![Image from: Baru Duduk 8 Bulan, Penyewa Biarkan Rumah Cantik Jadi Kotor & Dipenuhi Sampah-Sarap [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/rumah-dipenuhi-sampah-4-1.jpg)

