Baru enam tahun dah hafal… Hayder Qhalish buat ramai tergamam baca surah Ad-Dhuha tak tengok Quran

LocalFamily & Parenting
13 Mar 2026 • 2:15 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Anak sulung kepada pelakon Eyra Hazali, Muhammad Hayder Qhalish mencuri perhatian ramai selepas video dirinya membaca Surah Ad-Dhuha tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @kinderlive.hq, Hayder dilihat membaca surah tersebut dengan lancar ketika menyertai program Nuzul Al-Quran yang diadakan beberapa hari lalu.

Lebih menarik perhatian, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilihat seolah-olah sudah menghafal surah berkenaan apabila tidak melihat mushaf al-Quran yang dibuka di hadapannya sepanjang bacaan.

@kinderhive.hq

Aktiviti Nuzul Al-Quran KinderHive® Sempena menyambut Nuzul Al-Quran, anak-anak KinderHive di seluruh cawangan bersama-sama menghafaz surah-surah pilihan daripada Al-Quran. Alhamdulillah, semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang mencintai Al-Quran, berakhlak mulia dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. #KinderHive #IslamicEducationHive

♬ original sound – KinderHive HQ – KinderHive HQ

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga selain memuji kebolehan Hayder membaca al-Quran dengan baik pada usia yang masih kecil.

Untuk rekod, Hayder merupakan anak sulung Eyra bersama penjaga gol Kuching City FC, Haziq Nazli.

Selain Hayder, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2019 itu turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Eskandar. -MYBERITA

View Original Article