“Baru Haritu Tengok Mengaji Dalam Konti” – Hadir Konsert Dewa19, Nabil Diperli Netizen?

Music
12 Sep 2022 • 11:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelawak dan pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad mendapat perhatian orang ramai apabila dilihat sedang khusyuk mengambil masa terluang untuk membaca Al-Quran di dalam konti radio stesen Era FM.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memuji cara pelawak itu membahagikan masanya untuk dunia dan akhirat.

Namun, baru-baru ini tular pula mengenai sebuah hantaran video yang dimuat naik oleh Nabil di laman TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, Nabil bersama isterinya, Nazirah Ayub berkongsi momen-momen kemeriahan sewaktu menghadiri konsert Jelajah Ulang Tahun ke-30 daripada kumpulan terkenal Indonesia, Dewa19.

Oo best-best Dewa19 semalam.

Difahamkan, persembahan konsert itu telah diadakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh 8,000 peminat, semalam.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, ada yang berseloroh pelawak itu bernasib baik kerana tidak lagi tersilap tarikh konsert. Namun, ada juga segelintir netizen yang menyindir Nabil dan isterinya.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

"Dah Berjaya Pun Tak Lupa" - Ambil Masa Mengaji Dalam Konti, Ramai Kagum Dengan Nabil