“Baru Kahwin Dua Tayang-Tayang Buat Apa?” – Kaunselor Perkahwinan Tegur Abang Tesla

22 Aug 2023 • 10:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Influencer TikTok dikenali sebagai Abang Tesla dikecam teruk gara-gara merakam detik sedih isterinya menangis di dalam pelukan beberapa jam sebelum dia dimadukan.

Meskipun Abang Tesla mendakwa perkahwinan dengan isteri kedua mendapat restu isteri pertama, orang ramai merasakan perbuatan merakam video adalah tak patut.

Sebagai kaunselor perkahwinan, Mohd Redzuan Zamberi tampil memberi teguran buat semua lelaki yang ingin berpoligami.

image is not available
Kredit: TikTok Mohd Redzuan Zamberi

Menurutnya, lelaki memang dibolehkan berpoligami jika mampu secara zahir dan batin. Namun, harus diingatkan kemampuan bukan setakat itu sahaja.

Mengenai isu Abang Tesla, beliau berpendapat merakam content dan memuat naiknya di media sosial adalah salah.

Nak kahwin, kahwinlah sebab perkahwinan untuk kegembiraan bukan menyakiti. Bila video dilihat oleh isteri anda, dia pun akan sedih.

Isteri walau macam mana izin pun, dia ada fitrah dia. Fitrah dia tak boleh berkongsi sebab susah nak berkongsi ni kan?

Beliau memetik kisah Nabi di mana Saidatina Fatimah pernah mengadu kepada ayahnya sedangkan anakanda wanita solehah yang dijanjikan syurga.

image is not available

Inikan pula wanita-wanita biasa pada hari ini yang diuji dengan pelbagai ujian. Jadi apabila momen peribadi dijadikan tontonan umum, ianya akan meruntun jiwa.

Jelasnya lagi, tak perlulah cerita perpoligami dihebahkan ke media sosial melainkan jika untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megahan.

Dia sendiri tak tahu motif utama Abang Tesla merakam video itu tetapi ianya dibimbangi mengundang persepsi negatif mengenai perkahwinan itu.

Kredit: TikTok Mohd Redzuan Zamberi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media