Baru Keluar Dari Kereta, Wanita Dilapor Maut Digilis Lori

13 Nov 2022 • 10:57 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Baru Keluar Dari Kereta, Wanita Dilapor Maut Digilis Lori

ENGLAND – Seorang wanita dipercayai telah dilanggar dan digilis oleh sebuah lori selepas baru sahaja keluar dari keretanya di daerah Dartford Heath.

Memetik laporan Daily Mail, pemandu yang tidak diketahui identitinya itu telah dilanggar kira-kira jam 2.45 pagi pada Sabtu lalu.

Berikutan kejadian itu, dia kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian walaupun pegawai dan kakitangan perubatan telah tiba lebih awal.

Menurut kenyataan pihak polis, sebuah trak DAF berwarna putih telah terlibat dalam pelanggaran itu.

image is not available
Kredit: Uk News

Mangsa pula dikatakan memandu BMW berwarna kelabu yang dilaporkan berhenti di satu lorong yang menghala kawasan pantai sebelum berlakunya pelanggaran tersebut.

Susulan itu, pihak polis meminta supaya pemandu lain yang berada di kawasan kejadian untuk memberikan sebarang rakaman dashcam bagi membantu siasatan polis.

Terdahulu, satu kemalangan dikatakan pernah berlaku di kawasan yang sama di mana dua individu telah terkorban dalam kemalangan ngeri kurang daripada sebulan sebelum ini.

Kejadian tersebut berlaku selepas seorang lelaki dan wanita berusia 20-an maut di tempat yang sama apabila BMW mereka terbabas.

Sumber: Daily Mail