Baru Keluar Penjara, Pelakon Indonesia Ditangkap Sekali Lagi Sebab Dadah

Entertainment
14 Dec 2023 • 12:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon Indonesia ditangkap dikenali sebagai Ammar Zoni baru sahaja bebas dari penjara pada Oktober 2023 telah ditahan lagi susulan dipercayai terkait isu dadah.

Ditahan bersama beberapa jenis dadah

Menurut detik.com, Ammar telah ditahan disebabkan kes yang sama dengan penangkapannya sewaktu Mac 2023 yang lalu.

Pihak polis mengesahkan bahawa Ammar telah ditahan bersama beberapa jenis dadah seperti syabu, ganja dan ubat terlarang dikenali sebagai hezymer.

image is not available

Pelakon Indonesia ditangkap baru keluar penjara

Terdahulu, Ammar atau nama sebenarnya Muhammad Ammar Akbar sebelum ini mengaku menyesal selepas ditahan di Serpong, Tengerang Selatan atas kes dadah.

Dia juga sedang mengalami masalah rumah tangga dengan isteri, Irish Bella yang juga pelakon setelah wanita berkenaan menfailkan penceraian dua bulan selepas Ammar bebas dari penjara.

image is not available

Dalam pada itu, Ammar pernah ditahan pada tahun 2017 atas kes dadah juga telah bebas sebelum bernikah dengan Irish pada 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: detik.com