Baru Mula Mengajar Di Kabong, Tindakan Cikgu ‘Tersakiti’ Ini Undang Reaksi Netizen

25 Jul 2023 • 3:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kerja taknak, bab duit laju pulak kau – netizen

Baru Mula Mengajar Di Kabong, Tindakan Cikgu ‘Tersakiti’ Ini Undang Reaksi Netizen. Ada satu kisah yang menarik perhatian netizen baru-baru ini. Kisah seorang guru baru yang mengajar di salah satu sekolah di Kabong, Sarawak.

Seorang guru lelaki dari Semenanjung telah membuat satu posting di media sosial dengan harapan untuk diviralkan. Dia mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan dan rasisme di SMK Kabong, Sarawak.

image is not available
Baru Mula Mengajar Di Kabong, Tindakan Cikgu ‘Tersakiti’ Ini Undang Reaksi Netizen

Ada yang menyatakan bahawa cikgu tersebut tidak turun bertugas selama 1 tahun 7 bulan

Namun, selepas membaca hantaran tersebut dan penjelasan daripada pihak berkenaan, rupanya ada cerita lain yang tidak diketahui oleh ramai. Guru tersebut sebenarnya sudah lama tidak hadir bertugas atas alasan kemurungan.

Hantaran tersebut telah mengundang reaksi netizen terhadap postingan ini bercampur-baur. Ada yang simpati, ada juga yang marah dan kecewa.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Tidak ada bukti yang kukuh atas dakwaan yang dilemparkan

Guru tersebut mendakwa dirinya menjadi mangsa rasisme. Namun, tidak ada bukti kukuh yang diberikan untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar menjadi mangsa rasisme. Dia juga mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan. Namun, sekali lagi, tidak ada bukti kukuh yang diberikan.

Guru tersebut mengaku mengalami kemurungan (depression) dan ini menjadi alasan utamanya tidak hadir bertugas. Namun, MC yang diberikan hanyalah dari klinik swasta dan bukan dari pakar perubatan.

image is not available

Guru tersebut enggan memberi kerjasama terhadap guru-guru di sekolah tersebut

Menurut pengetua sekolah, rakan-rakan guru dan pengurusan pentadbiran sekolah, mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu guru tersebut. Namun, guru tersebut enggan untuk memberikan kerjasama.

Banyak kritikan yang ditujukan kepada guru tersebut. Ada yang mengatakan, “Tak nak kerja cakap jelah tak nak kerja. Bertiktok boleh pulak. Ramai lagi orang nak jadi cikgu dekat luar sana tu. Kesianlah murid PPKI yang kau dah lama tinggalkan tu.”

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: