"Baru Nak Buat Suprise"- Suami Kecewa Isteri Kantoi Curang Dengan Pelajar Universiti

20 Oct 2023 • 2:39 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Perasaan dicurangi merupakan luka yang terdalam bagi mana-mana manusia yang berada dalam sesebuah hubungan. Melihat pasangan berlaku curang merupakan satu hal yang paling menyakitkan hati.

image is not available

Namun, itulah yang berlaku kepada seorang polis di Indonesia yang bernama Alvian Hidayat. Berdasarkan laporan portal Bandung Viva, Alvian yang baru sahaja selesai menjalani sebuah latihan ingin membuat kejutan terhadap isterinya setelah sekian lama tidak berjumpa kerana faktor bekerja.

Ketika hendak masuk ke rumah, Alvian terkejut apabila melihat Karina turun dari kereta yang dipandu oleh seorang lelaki. Curiga dengan isterinya itu, Alvian bertindak untuk memeriksa telefon bimbit wanita tersebut.

image is not available

Apabila memeriksa telefon bimbit sang isteri, Alvian dikejutkan lagi dengan penemuan beberapa gambar isterinya bersama lelaki tersebut dalam keadaan tanpa sehelai pakaian. Kecewa dengan keadaan tersebut, Alvian terus melaporkan kecurangan isterinya itu di Ibu Pejabat Polis Sulawesi Selatan atas tuduhan berzina.

Dalam pada itu, seorang wanita yang dipercayai merupakan rakan serumah di rumah sewa Karina tampil mendedahkan bahawa wanita tersebut seakan mengalami kejutan budaya sewaktu ketiadaan suami di sisinya.

Selain itu, doktor wanita yang berusia 26 tahun itu juga didakwa membuka tudung dan kerap ke kelab malam untuk berhibur sehingga lewat malam.

image is not available

Sementara itu, lelaki yang dikatakan pasangan curang Karina adalah seorang pelajar universiti dalam jurusan kedoktoran.

Sumber: Bandung Viva

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved