
Nama Fezrul Khan menjadi perhatian ramai kerana telah terlibat dalam beberapa kontroversi sejak akhir-akhir ini.
Baru-baru ini pelakon itu dikatakan telah memuat naik satu video di TikTok dengan caption memerli seseorang. Uish, perli siapa tu?
Perli siapa?
Jauh lg level acting budak tu nak up, controversy je die mampu .A class level @Nabila Huda actresss
Dalam video tersebut, Fezrul Khan menulis di ruang caption memuji pelakon Nabila Huda namun sempat memerli individu lain di dalam ayatnya.
Jauh lagi level acting budak tu nak up, kontroversi je dia mampu. A-class level @nabilahuda. – Fezrul Khan
Menjengah ruang komen, rata-rata netizen ada yang membuat spekulasi bahawa Fezrul masih lagi tidak berpuas hati dengan kontroversi yang melibatkan dirinya dengan seorang pelakon wanita.


Hmm, agaknya betul ke sangkaan netizen atau Fezrul Khan sebenarnya sindir orang lain?
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media
The post “Baru Nak Up, Kontroversi Je Mampu” – Terpalit Isu Panas, Fezrul Khan Masih Berdendam? appeared first on Oh! Media.



