Baru nampak garang! MOM tukar corak & logo pakaian rasmi Sukan Olimpik

2 Jul 2024 • 12:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akhirnya tampil rekaan baharu corak belang harimau lebih garang untuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024

Menurut presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, perubahan tersebut dilakukan susulan maklum balas bercampur baur terhadap reka bentuk dan motif sebelum ini yang dilihat tidak menyerlah.

Sukan Olimpik

image is not available

 

image is not available

“Corak baharu berunsurkan belang harimau yang lebih garang dipilih bagi pakaian rasmi kontinjen negara di Paris.

“Corak baharu dipilih berlatarbelakangkan warna hitam, dengan belang harimau berwarna kuning dan besar pada jaket kontinjen negara.

“Logo MOM kembali ikut warna Jalur Gemilang pada pakaian kontinjen negara,” ujar MOM.

MOM berasakan bahawa reka corak baharu ini melambangkan semangat Harimau yang sudah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA di Manila pada 2005.

Adalah menjadi harapan MOM mewakili pemegang taruh termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) agar semangat Harimau menjadi inspirasi untuk atlet negara mengaum di kota Paris nanti.

Terdahulu, peminat sukan tanah air meluahkan rasa tidak puas hati terhadap design pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 yang dikatakan agak ketinggalan dan ‘membosankan’.

Sukan Olimpik

image is not available

Sebelum ini, MOM telah merasmikan pakaian kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan iaitu baju berkolar, baju T dan jaket di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Bagaimanapun, ia menerima kecaman hebat netizen kerana tidak berpuas hati dengan rekaan ditampilkan bahkan, ramai yang berpendapat MOM boleh menghasilkan rekaan yang lebih baik untuk kontijen negara.

image is not available

Sumber: X @olympicmas