Baru peluk Islam, kekasih Ben Amir sudah ditegur netizen – “Dedah aurat, tak baik”

LocalEntertainment
18 Nov 2025 • 11:51 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Teman wanita kepada pelakon Ben Amir iaitu Maiya menjadi mangsa serangan netizen di media sosial setelah baru seminggu memeluk Islam gara-gara tidak menutup aurat.

Kekasih ditegur netizen

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, Maiya atau nama Islamnya Liana Alana meluahkan rasa terkejut kerana ada yang mendesak agar dirinya berubah menjadi muslimah yang baik biarpun baru sahaja bergelar mualaf.

“Baru seminggu masuk Islam dan nampaknya orang dah mengharapkan saya jadi versi lengkap, na taraf penuh, macam dah 100% siap,” ciapan Maiya, semalam.

Difahamkan, luahan itu dibuat setelah dirinya menerima mesej menegur penampilannya yang dilihat begitu keterlaluan setelah bergelar Islam.

Dalam hantaran sama, Maiya menunjukkan isi mesej yang diberikan oleh netizen buatnya dan ia berkenaan teguran untuk menutup aurat dengan sempurna.

image is not available

“Liana, rambut itu aurat. Awak tak boleh dedah aurat kalau dah peluk Islam.
“Awak tak boleh dedah aurat kalau dah peluk Islam, tak baik,” tulis netizen.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi balas daripada warganet dan rata-ratanya meminta agar Maiya tidak mengambil serius perkara tersebut dan mendoakan dia dapat berubah secara perlahan-lahan.

Mana boleh berubah terus dalam seminggu

image is not available

Abaikan perkara negatif

image is not available

Perlahan tapi pasti

image is not available
Artikel lain: Ben Amir akui dilamun cinta dengan wanita Filipina, nafi hijrah kerana kekasih

Untuk rekod, pada 10 November lalu, Liana ditemani Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 35, hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur untuk lafaz dua kalimah syahadah.

Sumber: Threads heyitsmaiyaa