Baru Sebulan Dilancar, GWM Sudah Pun Hantar 100 Unit GWM Tank 300, Laju Buat Kerja!

LocalCars
13 Aug 2024 • 9:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dalam tempoh hanya sebulan selepas pelancaran pada pertengahan Julai lalu, Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah berjaya melaksanakan 100 unit penghantaran pertama GWM TANK 300 kepada pelanggannya.

Pencapaian yang mengagumkan untuk SUV ‘off-road’ pintar dan mewah ini diperoleh berikutan tumpuan hangat yang diberikan oleh pengamal media tempatan dan komuniti pemanduan ‘off-road’ dalam negara.

image is not availableimage is not available

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui An Qi, berkata, pihaknya cukup gembira dengan sambutan yang memberangsangkan daripada para pelanggan.

“Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap jenama GWM, malah membuktikan juga sokongan dan keyakinan utuh kepada produk kami yang berkualiti tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Untuk itu, sebagai tanda penghargaan, GWM Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif kepada 300 pemilik pertama GWM TANK 300.

Antaranya, jaminan seumur hidup untuk Enjin dan Transmisi kenderaan (terhad kepada pemilik pertama) dan penyelenggaraan PERCUMA selama 5 tahun (termasuk kos buruh dan alat ganti) berdasarkan setiap 10,000 km/6 bulan (mengikut mana yang terdahulu).

image is not available

Selain itu, pemilik juga akan menerima beg sandang Paramount Thule bernilai RM999 dan Baucar Kit Pengembaraan Thule bernilai RM8,000.

Pada masa sama, GWM Malaysia turut mengumumkan destinasi keduanya untuk siri Go Adventure with GWM TANK, di mana pemilik bertuah GWM TANK 300 yang melengkapkan pendaftaran kenderaan selewat-lewatnya pada 12 September 2024 akan berpeluang untuk memenangi sebuah percutian pengembaraan ke Gurun Alxa, salah satu padang pasir dengan kawasan permukaan paling mencabar dan menakjubkan di dunia.

image is not available

Sedikit info mengenai GWM Tank 300, jentera ini dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4 silinder 2.0 liter dengan kuasa 224 HP (227 PS) dan tork 397 NM. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

Untuk itu, sebagai tanda penghargaan, GWM Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif kepada 300 pemilik pertama GWM TANK 300.

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.gwm.com.my/ TANK300.html.

View Original Article