Baru Sehari Berkahwin, Isteri Tiba-Tiba Hilang Pergi Menyorok Rumah Bekas Teman Lelaki – “Terus Diceraikan Dekat Balai”

Entertainment
10 Jul 2023 • 10:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecoh di Indonesia mengenai kehilangan pengantin wanita dikenali sebagai Anggi Anggraeni sehari selepas majlis akad nikah pada 25 Jun lalu.

Kerana buntu dan tidak tahu bagaimana lagi mahu mencari isterinya, si suami bernama Fahmi terpaksa menularkanAnggi Anggraeni tentang kehilangan isterinya di media sosial pada 4 Julai lepas.

Fahmi turut membuat laporan polis pada hari kelapan isterinya hilang selepas meminta izin untuk keluar membeli ayam geprek.

image is not available

Tambahnya, dia dan Anggi tidak berkahwin secara paksaan dan telah mengenali antara satu sama lain selama enam bulan sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.

Anggi kemudian didapati lari ke rumah bekas kekasihnya di Bandung dan berjaya dijejaki oleh pihak polis pada 7 Julai lalu, tiga hari selepas laporan dibuat.

Saudari Anggi berada di Bandung bersama mantan kekasihnya yang ada di Jakarta dan baru kembali ke rumahnya di Rancabungur pada Sabtu, 8 Juli 2023.”

image is not available

Kerana kecewa dengan tindakan Anggi, Fahmi terus menceraikan isterinya itu di balai bersaksikan beberapa orang anggota polis.

Selepas tular di media sosial, ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Fahmi apatah lagi mereka menyaksikan bagaimana lelaki itu benar-benar risau dan bersungguh-sungguh mencari Anggi.

image is not available 1 day ago

Isteri Dah Bagi RM10K Setiap Bulan Tetap Diceraikan, Suami 'Biawak Hidup' Lebih Pilih Janda Anak Satu