Baru Sehari Tayangan, Abang Long Fadil 3 Sudah Berjaya Raih RM3 Juta 

Movie
9 Sep 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof telah ditayangkan secara serentak menerusi 159 buah pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura. - Gambar Astro Shaw

Jika sebelum ini Abang Long Fadil 3 berjaya mencapai  kutipan RM1.2 juta untuk tayangan sneak preview sahaja, tayangan rasminya yang bermula hari semalam telah berjaya meraih kutipan yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM3 juta. 

Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof telah ditayangkan secara serentak menerusi 159 buah pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura.

image is not available
Johan dan Zizan - Gambar Astro Shaw

Syafiq Yusof yang juga pencetus idea asal Abang Long Fadil 3 berkata, sambutan yang diberikan penonton adalah suatu permulaan yang baik buat buat filem arahannya itu. 

“Saya mengharapkan filem ini mampu menepati cita rasa penonton dan buat yang belum menonton, saya sarankan apa kata ajak rakan-rakan atau keluarga dengan luangkan masa bersama dan menikmati komedi dan aksi yang dipersembahkan. 

Saya juga ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan buat pihak media dan pemamer dalam memberi sokongan padu pada Abang Long Fadil 3,” katanya. 

Abang Long Fadil 3 masih lagi diterajui Zizan sebagai watak utama. Turut membintangi filem ini adalah Johan, Maya Karin, Elizabeth Tan, Kazar dan Ozlyn. 

image is not available
Gambar ihsan Astro Shaw

Ia menceritakan sambungan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi yang mana Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu King Cobra atas dendam dahulu. 

Sebelum ini, Syafiq telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta. 

Uniknya ketiga-tiga francais Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi konsep cerita di mana francais pertama menonjolkan tema dunia gangster, manakala francais kedua mengetengahkan Fadil dalam dunia mafia dan naskhah terbaharu memaparkan Fadil dalam konsep spy. – Getaran, 9 September 2022