“Baru Seminggu Nikah” – Ibu Mentua Ugut Kalau Tak Hamil Dalam Masa Sebulan Suami Akan Kahwin Lain

Entertainment
29 Jun 2022 • 12:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, satu hantaran luahan seorang wanita dan juga merupakan seorang isteri telah menarik perhatian ramai apabila dia mengadu diminta untuk membuat ujian kehamilan selepas seminggu mendirikan rumah tangga.

Melalui hantaran di Instagram seorang wanita ini, dia berkata ibu mentuanya meminta agar dia membuat ujian kehamilan biarpun baru saja seminggu mendirikan rumah tangga bersama suami.

Lagi membuatkan ramai yang tertarik untuk membaca apabila wanita itu memberitahu mentuanya mempersoalkan kenapa masih belum mengandung kerana dua isteri abang iparnya juga masih belum dikurniakan rezeki anak.

Dalam pada itu, mentuanya juga memberitahu seandainya dia gagal untuk hamil dalam tempoh sebulan, suami akan disuruh kahwini wanita lain.

Bukan itu saja yang membuatkan wanita itu berasa tertekan, si suami juga sejenis mengikut segala apa yang disuruh oleh ibunya.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati terhadap wanita terbabit dan berang melihat sikap ibu mentuanya yang bersifat memaksa biarpun baru seminggu mendirikan rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"I'm A Fighter" - Dipukul Guna Kayu Di Kepala Dan Badan, Lufya Syukur Dapat Selamatkan Anak Dari Diculik