“Baru Tahu Guna Tu Pun Boleh Curang” – Tular ‘Scene’ Shukri Yahaya Mesej Dengan Isteri Kedua, Ramai Netizen ‘Insecure’

Entertainment
1 Feb 2024 • 12:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Drama lakonan Shukri Yahaya yang kini sedang ditayangkan, Layang Layang Perkahwinan kini trending malah sebelum ini juga menjadi bualan gara-gara babak ‘soft porn’ yang dilakonkannya bersama rakan pelakon, Alya Iman.

image is not available 2 weeks ago

"Saya Sangat Teruja Tanpa Fikir Sensitiviti" - Shukri Yahaya Mohon Maaf Isu Lakonan Dalam Layang-Layang Perkahwinan

 

Modus operandi curang pula

Kali ini, tular pula video yang meraih perhatian warganet selepas satu babak dalam episod terbaru dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok.

Menerusi babak itu, watak isteri kepada Shukri yang membawakan watak Azim Hasibullah beredar dan meninggalkannya seorang diri.

Azim kemudian menerima notifikasi di telefon pintarnya dihantar oleh seseorang yang mempunyai pautan Micrsoft Excel.

Bukannya urusan kerja, sebaliknya ia hanya helah isteri keduanya dan Azim untuk berkomunikasi di mana terpapar di dokumen itu ayat ‘saya rindukan kamu, baby’.

p

Idea penipuan Azim dan isteri keduanya, Tsuraya itu dianggap satu babak yang menggunakan idea ‘out of the box’ kerana menggambarkan kelicikan mereka yang menipu untuk sentiasa berkomunikasi.

 

Ramai netizen insecure, nak periksa phone suami

Video itu mendapat perhatian ramai yang akui mula berasa curiga malah ada yang berseloroh mahu memeriksa telefon bimbit suami mereka pula.

Segelintir warganet pula berasa terhibur dan akui tidak terfikir tentang modus operandi sebegitu dan beberapa netizen akui rasa takut untuk mendirikan rumah tangga.

Iyelah, macam macam cara orang zaman sekarang ni nak menipu pasangan kan?

image is not available image is not available image is not available