Baru Tahu, Ini Punca Lipas Masuk Rumah Yang Tidak Pernah Anda Sangka

Home & Living
16 Dec 2025 • 7:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Baru Tahu, Ini Punca Lipas Masuk Rumah Yang Tidak Pernah Anda Sangka

Masalah lipas yang banyak di rumah boleh menyebabkan pening kepala kepada penghuni rumah tersebut. Walaupun rumah telah dijaga kebersihannya dan dijauhkan daripada kotoran, lipas masih tetap muncul.

Sebenarnya, lipas tidak semestinya muncul hanya kerana rumah kotor. Ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain yang kadangkala nampak tidak logik, tetapi sebenarnya inilah faktor yang patut kita beri perhatian.

Selain itu, lipas sebenarnya hanya memerlukan peluang kecil untuk terus menetap di rumah anda. Apabila mereka mula selesa dan keadaan ini kerap berlaku, mereka akan ‘menjemput’ kawan-kawan dan keluarga mereka untuk turut menetap di situ.

Sehubungan itu, SK ingin berkongsi faktor yang kita anggap remeh tapi sebenarnya peluang untuk lipas datang ke rumah anda menerusi perkongsian Public Health Malaysia di Facebook.

Faktor Lipas Datang Ke Rumah

1. Serdak Roti

Sebenarnya, roti yang kita makan setiap hari boleh menjadi faktor lipas datang ke rumah. Serdak-serdak kecil yang jatuh ke lantai sudah cukup menjadi peluang bagi lipas untuk menetap di situ.

2. Tong Sampah Yang Terbuka Dan Basah

Selain itu, lipas merupakan haiwan yang gemar tempat yang penuh sampah dan lembap. Walaupun sampah kita tidak berbau dan tidak bersepah, keadaan yang lembap dan terbuka masih boleh menarik lipas.

Jadi, pastikan sampah sentiasa ditutup, diikat, dan dijaga kekeringannya.”

3. Ruang Kecil Yang Gelap

Lipas juga suka tinggal di kawasan yang sempit dan gelap kerana tempat sebegini biasanya lembap. Oleh itu, kita perlu memastikan setiap kawasan seperti ini ditutup bagi mengelakkan mereka mendapat laluan masuk.

4. Bekas Makanan Terbuka

Bekas makanan telah dicuci dengan bersih, jangan sesekali meninggalkannya dalam keadaan terbuka. Ini kerana walaupun bersih, sisa bau yang lemah masih boleh menarik perhatian lipas.

Oleh itu, pastikan bekas makanan sentiasa ditutup rapat walaupun tidak digunakan.