Baru Tahu, Macam Ni Rupanya Cara ‘Sebenar’ Main Batu Seremban

LocalEntertainment
11 Nov 2024 • 11:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Baru Tahu, Macam Ni Rupanya Cara ‘Sebenar’ Main Batu Seremban

Siapa yang tak tahu permainan “Batu Seremban”, kan? Permainan tradisional Melayu ni memang terkenal dalam kalangan orang kita, tak kira tua atau muda.

Batu Seremban ni bukan sekadar permainan biasa-biasa je, ia mengajar kita kesabaran, ketekunan dan strategi, ala-ala ‘mind game’ versi lama.

Ada orang suka main dengan batu sungai yang dikutip rawak, tapi tahu tak sebenarnya ada ‘buah’ khas untuk Batu Seremban ni?

Nak yang original, boleh cari di kedai cenderamata, tapi kalau kreatif, buat je sendiri guna kain perca dan beras atau kacang.

Mesti ramai tak tahu, Batu Seremban ni sebenarnya ada sepuluh tahap permainan.

Setiap tahap ada cara main yang berbeza, jadi memang kena fokus dan cepat tangan kalau nak sampai ke tahap akhir.

Baru rasa macam ‘master’ bila berjaya habiskan semua tahap.

Ramai yang terkejut bila tahu macam ni cara sebenar main Batu Seremban. Kalau korang nak tahu, jom tengok video ni sampai habis.

@kedai_rumahburok1

Korang masih ingat x mcm mna nak bermain batu seremban, dari batu 1-10.. Disclaimer: Tapi permainan ni, ada peraturan yg perlu diikuti, x termasuk dlm video #permainantradisional #batuseremban #mainanzamandulu #budakkampung

♬ Instrumen Melayu – Andijul maruf

Keunikan dan Keseronokan Batu Seremban

1. Budaya yang bernilai

Batu Seremban ni warisan yang diturunkan dari generasi ke generasi dalam masyarakat Melayu.

Main Batu Seremban umpama “balik kampung” ke zaman nenek moyang. Anak-anak muda boleh kenal dan hargai tradisi nenek moyang sambil main dengan seronok.

Permainan ni juga buat kita rasa lebih dekat dengan warisan kita sendiri.

2. Latihan minda & fizikal

Main Batu Seremban ni ada juga manfaat untuk minda dan fizikal.

Pemain kena ada fokus tinggi, tangan kena laju dan perlu kira strategi supaya buah-buah tu tak jatuh.

Permainan ni bukan setakat seronok, tapi bagus untuk tajamkan daya fokus dan koordinasi mata-tangan, bagus untuk semua, tak kira tua atau muda.

3. Keseronokan berkumpul & bersosial

Batu Seremban selalu jadi pilihan masa kenduri kahwin, waktu minum petang, atau bila ada sesi santai keluarga.

Tak kira umur, semua orang boleh join main.

Bayangkan, sambil main boleh ketawa, borak dan saling kenal-mengenal.

Lagi seronok bila ada yang ‘menunjuk’ skil atau gelak sama-sama bila buah terlepas.

Memang permainan ni boleh eratkan silaturahim dan buat suasana jadi ceria.

Sumber: Kedai_Rumahburok1 via TikTok, Cerdika