Baru Tiba Di Malaysia Jam 2 Pagi, PMX Terus ‘Turun’ Mempengerusikan Mesyuarat AMM Di KLCC

LocalPolitics
9 Jul 2025 • 3:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia difahamkan tiba di Malaysia pada pagi tadi selepas berada di tiga buah negara bagi lawatan kerja rasmi di sana.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, Perdana Menteri Malaysia itu sempat meluahkan rasa syukur kerana sudah selamat tiba di tanah air sekitar jam 2.05 pagi.

Image from: Baru Tiba Di Malaysia Jam 2 Pagi, PMX Terus ‘Turun’ Mempengerusikan Mesyuarat AMM Di KLCC

Sumber : Afiq Hambali/ Prime Minister’s Office of Malaysia.  

Alhamdulillah delegasi Malaysia selamat tiba di Kuala Lumpur. Sempat rehat dan bersama keluarga buat seketika.

Bagaimanapun, Anwar menyatakan beliau akan kembali bekerja apabila bakal mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) di Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Beliau menjelaskan mesyuarat tersebut merupakan medan untuk memperkukuhkan solidariti serantau serta menyelaras pendirian bersama dalam menangani sebarang permasalahan global.

Pagi ini turun ke KLCC bagi sesi pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang menjadi medan penting memperkukuh solidariti serantau serta menyelaras pendirian bersama dalam menghadapi tantangan global.

image is not available

Sumber : Izzuddin Abd Radzak/ Prime Minister’s Office of Malaysia.  

Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata orang ramai mendoakan agar Perdana Menteri kekal sihat meskipun bekerja tanpa henti.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 1 week ago

RM6.6 Juta Disalurkan Untuk Baiki Cerun Runtuh, MB Kelantan Ucap Terima Kasih Pada PM Anwar