Baru Tiba Di Malaysia, Warga Asing Maut Dirempuh Pegawai Tentera Mabuk

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 4:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pegawai tentera ditahan selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh sebuah kenderaan e-hailing dalam kejadian di Lebuhraya MEX dari arah Salak Selatan menghala ke Jalan Tun Razak, awal pagi tadi.

Warga asing baru tiba dari KLIA

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, menyatakan pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 5.38 pagi melibatkan sebuah Perodua Alza dan Ford Fiesta.

“MPV itu membawa dua penumpang warga Bangladesh, masing-masing lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 20 tahun yang baru tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Akibat pelanggaran itu, penumpang lelaki yang duduk di barisan tengah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

image is not available

Pegawai tentera dipercayai masuk laluan bertentangan

Siasatan awal mendapati Ford Fiesta yang dipandu lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan MPV e-hailing yang dipandu lelaki berusia 41 tahun.

Tambah beliau, penumpang wanita warga Bangladesh mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

“Pemandu MPV e-hailing turut cedera di kepala, manakala pemandu Ford Fiesta hanya mengalami kecederaan ringan.
“Seorang lagi penumpang wanita tempatan berusia 36 tahun dalam kereta Ford Fiesta turut cedera dan menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

image is not available

Ujian pernafasan alkohol terhadap pemandu Ford Fiesta mendapati bacaan melebihi had dibenarkan, manakala ujian saringan air kencing didapati negatif.

Katanya, suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.

Beliau juga berpesan supaya orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

The post Baru Tiba Di Malaysia, Warga Asing Maut Dirempuh Pegawai Tentera Mabuk appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved