Bas Bawa 19 Penumpang Rempuh Palang Had Ketinggian

5 Jul 2025 • 1:09 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

SEREMBAN, 4 Julai (Bernama) — Tujuh individu termasuk pemandu cedera ringan selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terlanggar palang had ketinggian dalam kejadian di Jalan Arab Malaysian, di Nilai malam ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Azmi Hamid berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan empat lelaki dan tiga wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an itu kira-kira 10.30 malam.

“Bas yang membawa 19 penumpang terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Melaka.

“Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di zon hijau Hospital Serdang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Beliau berkata kerja penyelamatan membabitkan sembilan anggota itu ketika ini sedang dijalankan.

Sumber: BERNAMA