Bas bawa pelajar UPSI terbabas

9 Nov 2022 • 9:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam bas terbabit. - Foto ihsan pembaca

image is not available
Seramai 11 individu termasuk 10 pelajar UPSI dilapkrkan cedera selepas bas dinaiki mereka terbabas di Tanjung Malim. - Foto ihsan pembaca

TANJUNG MALIM - [DIKEMAS KINI] Tayar hadapan pecah dipercayai menjadi punca bas yang membawa 55 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabas di Jalan Slim Lama berhampiran Kota Malim Prima di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, maklumat kemalangan membabitkan sebuah bas diterima pada jam 7.06 petang.

Menurutnya, 17 penumpang mengalami kecederaan ringan selepas bas terbabit terbabas ke dalam longkang.

Siasatan awal mendapati bas berkenaan dalam perjalanan dari Kampus Sultan Idris menghala ke Kampus Sultan Azlan Shah.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, tayar hadapan kanan telah pecah menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di kiri jalan," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Hospital Slim River dan Klinik Kesihatan Tanjung Malim.

"Pemandu bas, lelaki berusia 63 tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved