Bas ekspres dua tingkat terbakar, 17 penumpang terselamat

19 Jan 2024 • 8:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah bas ekspres dua tingkat terbakar 80 peratus dalam kejadian di Kilometer 375.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Slim River, pagi Jumaat. Foto JBPM Perak

image is not available
Kebakaran dipercayai bermula daripada bahagian enjin yang terletak di bahagian belakang bas. Foto JBPM Perak

TANJUNG MALIM - [DIKEMAS KINI] Seramai 17 penumpang terselamat dalam kebakaran sebuah bas ekpres di Kilometer 375.4 Lebuhraya Utara Selatan dekat Slim River di sini pada Jumaat.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Slim River pada jam 5.19 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, ketika kejadian bas dua tingkat itu dalam perjalanan dari Johor menghala ke Perlis.

**media[2504811]**

Menurutnya, semua penumpang terdiri daripada 14 lelaki dan tiga wanita bersama dua pemandu berjaya keluar dari kenderaan itu sebelum kebakaran merebak.

"Kebakaran telah melibatkan kemusnahan 80 peratus, bagaimanapun semua penumpang dan pemandu terselamat tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian enjin yang terletak di bahagian belakang bas.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.50 pagi.

"Operasi pemadaman yang turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim itu tamat jam 7.23 pagi," katanya.