

Percaya atau tidak, penggunaan bas elektrik (EV) bagi program Bas Smart Selangor sejak Disember tahun lalu telah mengurangkan kira-kira 700 kilogram (kg) karbon dioksida sehari.
Itu kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin selepas melancarkan bas elektrik bagi program SMART Selangor di Hentian Bas Seksyen 19, Shah Alam semalam.
“Majlis Bandaraya Shah Alam memperuntuk hampir RM5.6 juta untuk tempoh tiga tahun bagi menjayakan khidmat ini.

“Penggunaan bas elektrik bagi menggantikan bas konvensional adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi mempercepat peralihan tenaga di Selangor bagi menyokong agenda pelepasan karbon sifar bersih,” katanya.
Sehingga 2024, kerajaan memperuntukkan RM181.57 juta bagi pengoperasian Program Bas Smart Selangor dan pada tahun ini, peruntukan keseluruhan Selangor Mobility adalah berjumlah RM20 juta yang mana RM11.49 juta diperuntukkan untuk kesinambungan Program Bas Smart Selangor.


