Bas GoKL Kini Tidak Percuma Untuk Warga Asing – Bayaran Tanpa Tunai

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini mengenakan caj RM1 kepada warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas GoKL. Dalam kenyataannya, DBKL memaklumkan bahawa sistem pembayaran ini telah mula dilaksanakan secara berperingkat sejak awal tahun ini, melibatkan empat laluan utama. Langkah tersebut akan diperluas kepada tiga lagi laluan bermula Januari 2025.

Antara laluan bas yang sudah dikenakan caj ialah laluan 1 (Hijau), laluan 2 (Ungu), laluan 3 (Merah) dan laluan 4 (Biru). Manakala, mulai 1 Januari 2024, caj sama akan dikenakan kepada warga asing di laluan 5 (Jingga), laluan 6 (Merah Jambu) dan laluan 8 (Merah Manggis).

Sistem Pembayaran Tanpa Tunai

image is not available

DBKL memaklumkan bahawa caj tersebut perlu dibayar menggunakan transaksi tanpa tunai melalui kad Touch ‘n Go, kad kredit atau kad debit.

Warganegara Kekal Percuma Dengan Pendaftaran MyKad

Warganegara Malaysia akan terus menikmati perkhidmatan bas GoKL secara percuma namun dikehendaki mendaftar MyKad di kaunter yang terpilih.

image is not available

Lokasi pendaftaran MyKad adalah seperti yang berikut:

Kaunter pendaftaran dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 hingga 4.00 petang.

Pendaftaran ini bertujuan untuk memastikan hanya warganegara layak mendapat pengecualian caj.

Kanak-Kanak 12 Tahun Ke Bawah Dikecualikan

Selain warganegara, perkhidmatan bas GoKL juga kekal percuma untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tanpa memerlukan pendaftaran khas.

Sumber: Sinar Harian