Bas meletup ragut satu nyawa, 11 lagi cedera di selatan Filipina

6 Nov 2022 • 6:38 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MANILA: Letupan dalam sebuah bas di selatan Filipina membunuh sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan 11 yang lain pada Ahad, lapor Xinhua, memetik jurucakap tentera.

Komander Divisyen Infantri Keenam Tentera Darat Mejar Jeneral Roy Galido berkata bom yang dipercayai buatan sendiri itu meletup sekitar 11.30 pagi waktu tempatan (0330 GMT) ketika bas itu dalam perjalanan ke barat daya dari Bandar Kidapawan ke Bandar Tacurong di pulau Mindanao.

Lt Kol Dennis Almorato dari bahagian sama turut mengesahkan seorang lelaki maut di tempat kejadian dan penumpang yang cedera dibawa ke hospital tempatan.

Siasatan sedang dijalankan, katanya.

Galido berkata tentera berkerjasama dengan polis wilayah untuk menyiasat sama ada serangan itu sebahagian daripada aktiviti peras ugut kumpulan penjenayah di situ.

Syarikat bas kerap menerima ancaman bom, kata Galido.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Pada Mei lepas, letupan memusnahkan bahagian belakang bas syarikat yang sama, menyebabkan dua cedera.-Bernama