BAS.MY Kota Setar: Mudahkan Urusan 28,000 Penumpang, Ada 13 Laluan

LocalTravel
5 Jun 2025 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk orang Kedah!

Ini kerana bas berhenti-henti di bawah jenama BAS.MY KOTA SETAR yang telah mula beroperasi di Kedah secara berperingkat mulai 1 Jun lalu, bakal memudahkan urusan kira-kira 28,000 pengguna setiap bulan di negeri terbabit.

Pelaksanaan program ini adalah satu inisiatif di bawah Belanjawan 2024 Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan berjumlah RM 80 juta bagi tempoh perkhidmatan selama (5) tahun atau bersamaan RM16 juta setahun.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bas berhenti-henti di Alor Setar, serta bandar-bandar lain termasuk Sungai Petani, Jitra, Kuala Kedah, Kuala Nerang dan Pendang.

Kekerapan perkhidmatan BAS.MY Kota Setar adalah setiap 30 minit bagi laluan dalam bandar, manakala antara 60 hingga 90 minit bagi laluan rentas daerah.

image is not available

Kementerian Pengangkutan berkata, laluan-laluan BAS.MY Kota Setar telah dirancang untuk menghubungkan tempat-tempat tumpuan di sekitar Alor Setar seperti Hospital Sultanah Bahiyah, Pekan Rabu, Stadium Darul Aman, UTC Kedah, institusi-institusi pengajian tinggi seperti UiTM Merbok, POLIMAS.

"Laluan itu turut disediakan untuk ke KTM Alor Setar, KTM Sungai Petani, Terminal Shahab Perdana, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, dan Jeti Kuala Kedah," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, ia juga menghubungkan Pantai Merdeka dengan Sungai Petani bagi memudahkan orang ramai beriadah di hujung minggu.

Berikut adalah 13 laluan BAS.MY Kota Setar:

I. K10 Shahab Perdana – Kuala Kedah

II. K20 Shahab Perdana – Jitra

III. K30 Shahab Perdana – Kuala Nerang

IV. K40 Shahab Perdana – Pendang via Simpang Empat

V. K41 Shahab Perdana – Pendang via Kota Sarang Semut

VI. K50 Shahab Perdana – Sungai Petani

VII. K51 Sungai Petani – Tanjung Dawai

VIII. viii.K52 Sungai Petani – Pantai Merdeka

IX. K60 Sungai Petani – Bandar Baharu

X. K61 Sungai Petani –Taman Kelisa

XI. K62 Sungai Petani – Taman Ria Jaya / Taman Batik

XII. K63 Sungai Petani – Bandar Perdana

XIII. K100 Alor Setar Feeder

image is not available

Bagi memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan BAS.MY Kota Setar, pihak kerajaan telah memperkenalkan inisiatif tambang percuma kepada golongan warga emas, OKU, pelajar sekolah, dan mahasiswa di universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi melalui Kad Konsesi BAS.MY.

Selain itu, turut diperkenalkan Kad 30 Hari BAS.MY, dimana pengguna yang berdaftar dengan inisiatif ini boleh menggunakan perkhidmatan BAS.MY Kota Setar tanpa had selama 30 hari dengan bayaran sebanyak RM50 bagi tempoh 30 hari.