
Bas Percuma Baru di Kuching: Laluan Saujana–King Centre Kini Dilancarkan
BAS.MY Kuching Buka Laluan Baharu Dari Saujana Ke King Centre. Berita baik untuk warga Kuching! Laluan bas Saujana–King Centre di bawah inisiatif BAS.MY kini rasmi dilancarkan sebagai laluan keempat dalam program Stage Bus Service Transformation (SBST) oleh kerajaan persekutuan.
Laluan baharu ini bukan sekadar tambah satu lagi pilihan pengangkutan awam, tapi ia juga menjanjikan sambungan yang lebih cekap dan mesra rakyat — lebih-lebih lagi untuk mereka yang tinggal di kawasan perumahan utama dan pelajar yang selalu ulang-alik ke sekolah.

Laluan Baharu, Lokasi Strategik
Jadi, laluan ni lalu mana? Nah, ini senarai tempat yang bakal diliputi:
- Jalan Rubber
- Jalan Poh Kwong Park
- Jalan Stapok
- RPR Batu Kawah
- Jalan Laksamana Cheng Ho
Bukan tu je, bas ni juga akan berhenti di lokasi-lokasi penting macam:
- Hospital Umum Sarawak
- Bangunan Sultan Iskandar
- Timberland Medical Centre
- The Spring
- Boulevard
- SJK Chung Hua Batu 4½
- Sunny Hill
Nak Guna Masa Peak Hour? Jangan Risau.
Untuk mereka yang keluar pagi-pagi buta ke tempat kerja atau kelas, bas ni akan beroperasi setiap 30 minit dari:
- 6 pagi hingga 7 pagi
- 5 petang hingga 6 petang
Maksudnya, tak perlu tunggu lama-lama lagi masa peak hour. Yay!
“Kami Mahu Sistem Yang Lebih Cekap Untuk Semua” – CVLB
Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (CVLB) Sarawak, Michael Kong, berkata pelancaran laluan ini adalah satu lagi langkah untuk meningkatkan aksesibiliti dan kecekapan sistem pengangkutan awam di Kuching.
“Kami teruja untuk memperkenalkan laluan keempat SBST Kuching ini. Ia selari dengan usaha kami untuk menjadikan pengangkutan awam lebih mesra rakyat,” katanya, menurut laporan media tempatan.
Beliau juga menyeru lebih ramai penduduk Kuching untuk gunakan bas awam bukan hanya untuk pergi kerja, tetapi juga ke sekolah, urusan rasmi dan aktiviti harian.
Nak Lagi? Enam Lagi Laluan Akan Datang
Ini baru permulaan! CVLB Sarawak sedang rancang enam lagi laluan tambahan, dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang.
Semasa pelancaran hari ini, Michael Kong turut menaiki bas bersama Pengerusi DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, sebagai simbolik sokongan terhadap inisiatif ini.
Apa Kata Anda?
Dengan bas percuma semakin banyak dan laluan semakin meluas, adakah ini masa terbaik untuk tinggalkan kereta dan naik bas?
Komen di bawah: korang excited tak dengan laluan baru ni?
Baca juga artikel yang berkaitan dengan BAS.MY:



