Bas Persiaran Terbabas Di PLUS, 36 Pelancong India, Pemandu Selamat

LocalTravel
20 Jun 2025 • 9:25 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bas Persiaran Terbabas Di PLUS, 36 Pelancong India, Pemandu Selamat

IPOH, (Bernama) — Seramai 36 pelancong warga India dan seorang pemandu bas tempatan terselamat selepas bas persiaran yang mereka naiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 396.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Tanjung Malim, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata kejadian berlaku pada 3.39 petang dan kesemua mangsa termasuk pemandu berusia 41 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahagian kanan jalan.

“Bas tersebut kemudiannya melanggar penghadang pembahagi jalan sebelum masuk ke dalam longkang di bahagian kanan lebuh raya,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata bas persiaran itu membawa 32 lelaki dan empat wanita, kesemuanya warga India, yang dipercayai dalam perjalanan dari Hotel Regalia, Kuala Lumpur, ke Hotel Weil di Ipoh.

“Kesemua penumpang telah dipindahkan ke sebuah bas gantian untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing,” katanya.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad menerusi ciapan di akaun rasmi @plustrafik di laman sosial X memaklumkan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan kenderaan selesai sepenuhnya pada 6.50 petang sebelum keadaan trafik kembali lancar.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved