Bas persiaran terbalik berhampiran Terowong Menora

12 May 2024 • 9:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 41 penumpang dan pemandu bas dilaporkan mengalami kecederaan dalam kemalangan berhampiran Terowong Menora di Ipoh. Foto ihsan JBPM Perak

image is not available
Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa-mangsa yang berada dalam bas persiaran. Foto ihsan JBPM Perak

image is not available
Pasukan bomba membawa keluar mangsa ke tempat selamat selepas bas dinaiki mereka terbalik dalam longkang berhampiran Terowong Menora di Ipoh. Foto ihsan JBPM Perak

image is not available
Pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang tercedera selepas bas persiaran dinaiki terbabas ke dalam longkang di Ipoh. Foto: ihsan JBPM Perak

IPOH - [DIKEMASKINI] Seramai 40 penumpang termasuk pemandu terselamat selepas bas persiaran dinaiki mereka terbabas di Kilometer 264.5 Lebuhraya Utara - Selatan berhampiran Terowong Menora di sini pada Ahad.

Kejadian itu turut melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu seorang lelaki dan mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan bas dinaiki 29 wanita, lapan lelaki dan dua kanak-kanak perempuan itu dalam perjalanan dari Kupang, Kedah menuju ke Ipoh bagi menghadiri majlis keagamaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.28 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang terbalik dalam longkang di tepi lebuh raya dan sebuah kereta sedan.

"Operasi menyelamat yang dibantu pasukan dari BBP Kuala Kangsar diteruskan dengan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan alat menyelamat hidraulik," katanya.

Menurut beliau, pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut membantu pegawai kesihatan memberi rawatan awal kepada mangsa.

"Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan menaiki tujuh ambulans milik KKM, EMRS dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menerima rawatan lanjut.

"Kerja-kerja memeriksa bahagian bawah bas sedang dilakukan dengan menunggu bantuan kren bagi memastikan tiada lagi mangsa yang tertinggal di tempat kejadian," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Bas persiaran terbalik berhampiran Terowong Menora #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Bas #Kereta #TerowongMenora #Ipoh #Kemalangan #JalanRaya

Crysis 2 Intro - Hans Zimmer