Bas Rapid Hantar 25 Buah Bas Mesra OKU Untuk Para SUKMA Sarawak 2024

4 Sep 2024 • 2:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

25 Bas Mesra OKU Rapid Bus, Hadiah Buat Atlet Para SUKMA Sarawak

Bas Rapid Hantar 25 Buah Bas Mesra OKU Untuk Para SUKMA Sarawak 2024. Sempena Temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung dari 20 hingga 28 September di Sarawak, Rapid Bus Sdn Bhd, selaku rakan kongsi rasmi Para SUKMA, telah mengaturkan penghantaran 25 buah bas untuk kegunaan para atlet dan pegawai sepanjang temasya tersebut.

Langkah ini bertujuan untuk memudahkan pergerakan atlet, terutamanya mereka yang menggunakan kerusi roda.

image is not available

Bas Rapid Sedia 25 Bas Mesra OKU untuk Atlet Para SUKMA Sarawak

Keistimewaan 25 buah bas jenis ‘single deck’ ini adalah ciri mesra Orang Kurang Upaya (OKU), dilengkapi dengan ruang khas untuk pengguna kerusi roda. Bas-bas ini juga menawarkan ruang dalaman yang lebih luas, menjadikannya lebih selesa dan dapat menampung lebih ramai penumpang.

Bas-bas tersebut dihantar melalui laut dari Pelabuhan Klang ke Kuching pada 6 September 2024 dan dijangka tiba pada 13 September 2024. Setelah tiba, bas-bas ini akan digunakan untuk mengangkut atlet dan pegawai ke pelbagai lokasi acara di sekitar Sarawak.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria, menyatakan bahawa kerjasama antara Rapid Bus dan kerajaan negeri Sarawak ini adalah manifestasi komitmen syarikat dalam menyokong pembangunan komuniti OKU di Malaysia, terutamanya dalam bidang sukan.

Selain itu, seramai 44 kakitangan Rapid Bus yang terdiri daripada 30 kapten bas serta 14 kakitangan sokongan akan tiba di Kuching secara berperingkat pada 13 dan 15 September 2024. Para kapten bas ini akan diberi latihan khusus mengenai laluan dan kawasan operasi di Sarawak bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada para atlet.

Baca juga artikel di sini: