Bas rempuh treler di PLUS, pemandu tersepit, empat penumpang cedera

31 May 2024 • 9:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

IPOH, 31 MEI: Lima individu termasuk dua wanita mengalami kecederaan apabila sebuah bas ekspres yang dinaki mereka, merempuh bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 290 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.16 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dan Gopeng dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu bas tersepit dan empat orang penumpang cedera. Bas yang membawa 26 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan menghala ke selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihaknya telah mengeluarkan mangsa yang tersepit serta memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera, sebelum mereka dihantar ke hospital yang berhampiran untuk menerima rawatan selanjutnya.

Beliau berkata mangsa yang tidak cedera dihantar ke destinasi yang dituju menggunakan bas ekspres lain dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.45 pagi.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved