Bas Smart Selangor Terbalik, Mujur Tiada Yang Terkorban

LocalCars
14 Jul 2025 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebuah bas Smart Selangor terbabas sendiri di Jalan Tulip 3 Bukit Sentosa, Rawang, Selangor,pag tadi. Susulan itu, tiga penumpang yang berada di dalam bas itu terselamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 11.16 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas Smart Selangor dipercayai terbabas sendiri di selekoh sebelum terbalik.

image is not available

“Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 38 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kedua-dua mangsa yang cedera telah dibawa oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, pemandu bas yang berusia 57 tahun serta seorang penumpang lelaki berusia 17 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Di sebalik kejadian ini, adakah kerajaan juga patut mewajibkan pemandu dan penumpang bas henti-henti memakai tali pinggang.

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan pemasangan dan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas ekspres dan bas persiaran bermula 1 Julai lalu.

Jika gagal mematuhi arahan berkenaan, pemandu, penumpang dan pengendali syarikat akan dikenakan notis saman sebanyak RM300.