Bas terbabas, pemandu dan 20 penumpang selamat

31 Oct 2022 • 1:53 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MELAKA: Sebuah bas membawa 20 penumpang terbabas di bahu jalan dalam kejadian di KM 193.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Pegawai Bomba Kanan II Mohd Iswandy Aripin berkata pemandu lelaki berusia 29 tahun dan kesemua penumpang membabitkan 16 lelaki dan empat wanita didapati selamat dan tidak mengalami kecederaan selain keluar dari bas itu sendiri.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 9.38 pagi sebelum 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Alor Gajah digerakkan dan tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

“Kita mendapati memang benar terdapat sebuah bas ekspres terbabas ke bahu kiri jalan dan difahamkan kenderaan itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Batu Pahat, Johor.

“Operasi tamat pada 10.45 pagi selepas kami memastikan operasi menyelamat terkawal dan tiada unsur bahaya lain berlaku di lokasi kejadian,” katanya.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved