
Bas Terbakar Di Lebuhraya MEX
Sebuah bas terbakar dalam kejadian di KM 20.2 arah Utara dari Putrajaya ke Seri Kembangan di Lebuhraya MEX.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sebahagian lorong kiri terhalang dan trafik menjadi perlahan.
“Fokus pada pemanduan dan waspada terhadap sebarang halangan di hadapan,” kata LLM.
Terdahulu, LLM juga memaklumkan berlakunya kejadian lori terbakar di KM 35.1 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Lorong kiri dan tengah terhalang akibat kejadian terbabit serta hanya lorong kanan boleh dilalui.
https://www.facebook.com/photo?fbid=1191133996390964&set=a.224561173048256
Maklumat lanjut akan menyusul.
Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia
The post Bas Terbakar Di Lebuhraya MEX appeared first on Siakap Keli.
