Bas terbakar, pemandu berjaya selamatkan diri

16 Mar 2023 • 3:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah bas terbakar dalam kejadian di Jalan Bukit Changgang di sini pada Khamis.

SEPANG - Sebuah bas persiaran yang dalam perjalanan ke bengkel untuk dibaiki terbakar dalam kejadian di Jalan Bukit Changgang di sini pada Khamis.

Bas yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an itu dipercayai dibawa ke bengkel untuk diselenggara.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.32 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 10.35 pagi.

"Kebakaran memusnahkan 90 peratus bahagian badan bas tersebut namun tidak melibatkan mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.

"Bas tersebut tidak membawa penumpang ketika kejadian dan pemandu dipercayai berjaya menyelamatkan diri.

"Setakat ini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca berlakunya kebakaran tersebut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved