Basikal Terkena Kaki, Murid Form 5 Mengaku Bersalah Tendang Muka Budak 10 Tahun Hingga Patah Rahang

Local
21 May 2026 • 5:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Basikal Terkena Kaki, Murid Form 5 Mengaku Bersalah Tendang Muka Budak 10 Tahun Hingga Patah Rahang

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (21 Mei) seorang remaja lelaki yang merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor atas pertuduhan mencederakan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dengan menendang mukanya sehingga patah rahang pada 15 Mei lalu.

Remaja 17 tahun mengaku bersalah tendang muka murid 10 tahun sehingga patah rahang

Remaja berusia 17 tahun berkenaan membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Arun Noval Dass sebaik pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mereka yang dituduh di bawah Seksyen 325 KK boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Mengikut pertuduhan dia didakwa menyepak rahang murid tahun empat berkenaan hingga cedera di sebuah taman permainan Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor jam 9 malam pada 15 Mei yang lalu.

Ibu bawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut

Mengikut laporan yang dibuat, murid tahun empat itu pulang ke kediamannya sebelum mengadu telah dipukul oleh remaja itu. Ibu mangsa kemudiannya membawa anaknya ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati pelajar tahun empat itu patah pada rahang.

Memetik laporan Berita Harian berdasarkan siasatan polis mendapati, sebelum insiden kanak-kanak berkenaan telah menyandarkan basikalnya di sebuah pokok berhampiran dengan remaja tersebut.

Punca disepak kerana basikal mangsa terbalik dan terkena kaki remaja terbabit

Namun basikal milik mangsa kemudiannya terbalik lalu terkena pada kaki remaja tersebut sebelum dia bertindak menyepak mangsa sehingga terjatuh dengan mulut berdarah.

Remaja tersebut sewaktu prosiding tidak diwakili oleh mana-mana peguam dan pendakwaan dikendalikan oleh Inspekstor Hasniza Che Ibrahim.

Dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin

Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Julai ini untuk sebutan semula untuk laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), fakta dan perintah untuk remaja 17 tahun itu.

Mahkamah turut membenarkan pelajar tingkatan lima itu diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin, dipetik Harian Metro.

View Original Article