Batal majlis kahwin 31 Mei, Siti Jamumall didakwa nikah lelaki lain di Thailand

11 Jun 2024 • 2:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Siti Jamumall didakwa nikah lelaki lain

Pempengaruh media sosial dan usahawan sensasi, Siti Jamumall didakwa nikah lelaki lain di Satun, Thailand pada awal bulan ini.

Memetik laporan Harian Metro, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkahwin dengan lelaki lain selepas membatalkan pernikahannya yang sepatutnya berlangsung 31 Mei lalu.

Siti Jamumall didakwa nikah lelaki lain

Tidak cukup dengan itu, usahawan berusia 25 tahun itu menguatkan lagi dakwaan ini dengan berkongsi satu video pendek memaparkan dia sedang memakai busana pengantin bersama pasangannya yang dikenali Aiman Tak Kesah.

Bagaimanapun, Siti yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai perkahwinan itu.

image is not available

“Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan,” katanya.

Sementara itu, video yang dimuat naik di TikTok Siti memaparkan majlis perkahwinannya bersama pasangan yang dijalankan secara kecil-kecilan.

Menjengah ruangan komen video tersebut, suami baru Siti telah meninggalkan komen memohon orang ramai untuk mendoakan rumah tangganya bersama isteri.

image is not available

Sementara itu, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada Siti bersama pasangannya disamping mendoakan kebahagian mereka.

Tahniah!

image is not available

Semoga bahagia

image is not available

Semoga kekal hingga jannah

image is not available

Suka tengok Siti sekarang

image is not available

Alhamdulillah

image is not available

Terdahulu, Siti sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baru dia kenali namun majlis tersebut dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi.

Malahan, persiapan bagi majlis tersebut telah pun selesai termasuklah jemputan kepada semua tetamu telah dihantar.

Dalam pada itu, Siti juga mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan enggan mengulas mengenai pembatalan majlis berkenaan.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri), TikTok Siti Jamumall